MELAKA: Peristiwa hitam terpijak jerangkap samar dan berdepan tembakan bertali arus pihak musuh antara pengalaman yang masih segar dalam ingatan bekas komando, Hussin Mahbeb, 72. Katanya, kejadian berlaku semasa dia mengikuti Op Gubir 2 pada 1976 di sempadan Malaysia-Thailand bagi menggempur kubu komunis dan operasi itu adalah yang terbesar serta paling berisiko pernah disertainya. Ketika ditemui Utusan Malaysia, bekas anggota Rejimen Gerak Khas (RGK) Kem Sungai Udang itu berkata, pada awalnya dia merancang bersiar-siar bersama keluarga, tetapi terpaksa membatalkan hasrat berkenaan setelah mendapat panggilan bertugas secara mengejut. “Perjalanan ke kubu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya