Komando GGK bakal guna sub-mesingan baharu - Utusan Malaysia

Komando GGK bakal guna sub-mesingan baharu

PENINGKATAN prasarana itu dapat membantu mengekalkan serta menambah baik kesiapsiagaan anggota GGK. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pertahanan kelmarin membuka tender bagi perolehan 155 laras senjata api jenis sub-mesingan (SMG) yang baharu untuk kegunaan ramai komandonya.

Menurut laporan portal pertahanan antarabangsa, tender terbuka yang akan ditutup pada 12 Oktober depan itu bakal dimanfaat bagi operasi counter-terrorist atau melawan pengganas.

Persenjataan tersebut yang berasaskan model sistem lengkap 9 mm, turut akan diguna pakai dalam operasi close quarter battle atau pertempuran ruang dekat dan lazim dalam bandar.

SMG ini akan melengkapkan Grup Gerak Khas (GGK), iaitu sebahagian pasukan operasi khusus antipengganas negara daripada Tentera Darat di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pada ketika ini, kumpulan elit berkenaan hanya menggunakan model HK MP5A2, HK MP5K, HK MP5K-A5 dan HK MP5SD2 keluaran firma senjata terkenal dari Jerman, Heckler & Koch.

Senapang ringan itu amat popular dalam kalangan pasukan komando tentera dari lebih 50 negara, manakala di Malaysia, ia turut digunakan pelbagai unit Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Terdahulu, GGK hanya menggunakan SMG model Sterling 9 mm buatan Britain sebelum digantikan pada awal 1990-an lepas kerana tidak sesuai dengan era pertempuran moden urban.

Beberapa model SMG popular dijangka menjadi pilihan antaranya Kriss Vector buatan Amerika Syarikat (AS) yang kini digunakan pasukan tentera dan polis di Bangladesh dan Thailand.

Tidak ketinggalan ialah model terbaharu HK MP7 yang ketika ini lazim digunakan Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pasukan Gerakan Khas PDRM sejak 2006.

Tender Kementerian Pertahanan itu memaklumkan spesifikasi SMG baharu kali ini dengan panjang keseluruhan tidak lebih 650 milimeter serta berat tanpa magazin kurang tiga kilogram.

Mod senjata itu juga mesti boleh diselaraskan untuk penembakan dalam dwifungsi iaitu tala separuh automatik dan penuh automatik dengan jarak sasaran tepatnya tidak kurang 100 meter.

Bekalan magazin pula ditetapkan adalah 30 butir peluru dan kadar tembakan harus tidak boleh kurang daripada 850 pusingan per minit dengan kawalan gaya ala senapang M4 buatan AS.

Lebih unik menurut tender itu, SMG ini mestilah ideal digunakan secara kompak dalam kenderaan, bangunan dan operasi khas pertempuran dengan jarak penglihatan yang agak rendah.

 GGK yang ditubuhkan atas ilham oleh Tun Abdul Razak Hussein semasa era konfrontasi Indonesia pada 1965 lalu, ketika ini berpangkalan di Kem Iskandar, Daerah Mersing, Johor.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya