Kisah 6 beradik tular dapat perhatian ZPP - Utusan Malaysia

Kisah 6 beradik tular dapat perhatian ZPP

MOHAMAD KHAIRI Ghazalli (kanan) mewakili ZPP menyerahkan sumbangan kepada keluarga enam beradik di Pangsapuri Ampang Jajar di Jalan Permatang Pauh, Pulau Pinang yang tular di media sosial sejak semalam kerana tinggal bersendirian selepas kematian ibu dan bapa mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH: Kisah enam beradik yatim piatu yang tular di dalam media sosial kerana terpaksa tinggal bersendirian di rumah mereka di sebuah pangsapuri di Jalan Permatang Pauh di sini turut mendapat perhatian Zakat Pulau Pinang (ZPP) hari ini. 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) ZPP, Mohamad Kairi Ghazalli berkata, pihaknya terpanggil untuk ‘turun padang’ bagi melihat sendiri nasib enam beradik itu ketika ini. 

“Mengikut semakan kita, keluarga ini ada menerima bantuan bulanan sebanyak RM450 sebelum ini. 

“Pihak ZPP bagaimanapun akan meneliti semula keperluan sama ada bantuan kewangan itu akan terus disambung atau menyalurkan bantuan lain pula selepas ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Difahamkan, bapa kepada enam beradik  berusia antara empat hingga 18 tahun itu meninggal dunia akibat strok pada bulan lalu manakala ibu mereka meninggal dunia akibat Covid-19 minggu lepas. 

Buat masa ini, kesemua mereka juga sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah tersebut yang dijangka sehingga minggu depan. 

Difahamkan, sepanjang tempoh kuarantin itu, segala urusan serta keperluan harian mereka seperti barangan makanan dan sebagainya banyak dibantu oleh jiran di situ memandangkan keluarga sebelah ayah dan ibu mereka berjauhan. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya