Kematian tertunggak Covid-19 selesai tiga minggu lagi - Utusan Malaysia

Kematian tertunggak Covid-19 selesai tiga minggu lagi

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kes kematian akibat Covid-19 yang dilaporkan pada masa ini bukan berlaku dalam tempoh 24 jam susulan terdapat banyak kematian tertunggak yang baru disahkan punca kematian.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, masih terdapat banyak kes kematian tertunggak (backlog) yang baru disahkan sama ada pesakit mati akibat Covid-19 mahupun tidak.

Maka, kadar kematian ini dijangka kembali menurun setelah laporan kematian akibat backlog ini diselesaikan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.

“Kadar kematian di Lembah Klang akan mula menunjukkan pengurangan kes bagi tempoh dua hingga tiga minggu lagi sesudah kita selesaikan semua kes backlog.

“Jadi, kematian yang dilaporkan sekarang ini bukan kematian yang berlaku pada 24 jam yang lepas,” katanya selepas mesyuarat  Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) peringkat negeri Sabah hari ini. 

Dalam pada itu, Khairy berkata, sebahagian besar kes kematian di luar hospital (BID) yang dilaporkan pada masa ini membabitkan individu yang tidak berada dibawah jagaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tidak menjalani ujian saringan Covid-19.

Maka, usaha memperkasakan komuniti melalui pemimpin masyarakat perlu dilakukan bagi mengingatkan individu yang sakit atau bergejala supaya segera mendapatkan bantuan daripada klinik kesihatan berhampiran sebelum terlambat.

Jelas Khairy, beliau mahu memastikan individu yang tidak dipantau fasiliti kesihatan, pejabat kesihatan daerah atau klinik kesihatan diletakkan di bawah jagaan.

“Individu yang menjalani kuarantin di rumah memerlukan pemantauan iaitu mereka perlu memuat naik laporan kendiri tentang status kesihatan mereka. Jika mereka menunjukkan gejala serius, kita boleh buat intervensi dan meminta mereka datang ke hospital.

“Maka, kita akan minta pemimpin masyarakat dan jiran tetangga untuk bertanya khabar dan pantau jiran-jiran yang mungkin mempunyai gejala tapi belum menjalani ujian Covid-19,” katanya.

Di Sabah, sebahagian BID membabitkan bukan warganegara maka, komuniti perlu memainkan peranan meminta mereka yang bergejala untuk melaporkan kepada klinik kesihatan berdekatan.

Dalam pada itu, beliau berkata, surveilan genom akan diteruskan kerana dikhuatiri varian Lambda yang sudah dikesan di Filipina akan menular ke Sabah berikutan kedudukan Sabah begitu hampir dengan Filipina.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya