Kedai runcit warga Myanmar diserbu - Utusan Malaysia

Kedai runcit warga Myanmar diserbu

ANGGOTA penguatkuasa MPK sedang melakukan pemeriksaan terhadap barangan yang dijual di sebuah premis di Taman Indah Sungai Pinang, Klang, Selangor semalam - UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sebuah rumah yang diubah suai menjadi kedai runcit oleh beberapa orang warga Myanmar di Taman Indah Sungai Pinang, di sini diserbu anggota Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK), semalam.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa MPK, Shahrul Hazri Abd. Majid berkata, serbuan tersebut dijalankan setelah melakukan intipan selama beberapa hari serta maklumat yang diperoleh daripada orang awam.

“Hasil siasatan mendapati rumah tersebut menjalankan aktiviti kedai runcit tanpa lesen dan dikendalikan oleh beberapa orang warga Myanmar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam operasi tersebut, menurutnya, anggotanya telah menyita barang perniagaan premis tersebut seperti bahan makanan, ubat-ubatan, barangan kecantikan dan lain-lain lagi.

Kata Shahrul Hazri, kes tersebut disiasat di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPK 2007.

“Sebelum ini, kami telah mengambil tindakan sama terhadap peniaga warga asing di Blok Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Jalan Pasar Baru.

“Penduduk di Klang yang mengesyaki warga asing melakukan perniagaan tanpa lesen boleh membuat aduan kepada MPK supaya kami boleh jalankan siasatan,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya