Jadikan vaksinasi KPI kenaikan pangkat guru - Utusan Malaysia

Jadikan vaksinasi KPI kenaikan pangkat guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kementerian Pendidikan disarankan untuk menjadikan vaksinasi Covid-19 dalam kalangan warga pendidik sebagai salah satu syarat kenaikan pangkat masing-masing.

Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kedah, Zainol Abidin Mohamad berkata, tindakan itu wajar bagi menangani masalah penolakan vaksin dalam kalangan guru ketika ini yang mencetus polemik memalukan.

ZAINOL ABIDIN MOHAMAD

“Kita kesal kerana isu guru menolak vaksinasi ini menjadi polemik sedangkan warga pendidik sepatutnya menjadi role model bukan kepada anak murid atau pelajar tetapi anggota masyarakat juga.

“Kalau mereka masih degil tidak mahu divaksin pihak Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri harus buat petunjuk prestasi utama (KPI). Kalau mereka tidak mahu divaksin bererti mereka gagal jadi tangguh dulu kenaikan pangkat mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zainol Abidin yang juga Focal Person Kebangsaan-Kedah Kementerian Pendidikan menambah, pihaknya juga tidak bersetuju dengan cadangan kementerian untuk membenarkan guru yang tidak divaksin hadir di sekolah.

“Kalau guru yang berpelajaran tidak mahu vaksin apa jadi dengan pelajar? Kalau mereka ingkar juga mereka harus kekal PdPR (pengajaran dan pembelajaran di rumah). Mereka tidak divaksin dan tidak mempunyai perisai jadi mereka tidak boleh ke sekolah dan membahayakan pelajar dan orang lain di sekolah.

“Guru sepatutnya tidak boleh jadikan vaksinasi ini isu besar sedangkan warga asing berpusu-pusu untuk divaksin walaupun terpaksa bayar, ini guru nak diberi vaksin percuma menolak divaksin,” katanya.

Menyentuh tentang masalah itu di Kedah kata beliau, pihaknya dalam proses menangani perkara itu dengan memujuk dan memberi kaunseling kepada guru-guru terlibat.

“Masalah di Kedah tidak berapa serius tetapi memang ada guru yang tolak vaksin dan kita dalam proses memujuk mereka,” katanya.

Akhbar melaporkan kesemua 2,500 guru yang menolak pemberian vaksin di negara ini akan diberi tugasan lain di sekolah setelah tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka. 

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, dakwaan mengatakan guru-guru tersebut hanya akan bergoyang kaki serta dibenarkan bekerja dari rumah adalah tidak benar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya