KUANTAN: Gelaran darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R. Sri Sanjeevan ditarik balik oleh Istana Pahang, berkuat kuasa serta-merta.
Istana Pahang menarik semula gelaran darjah kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Pengumuman tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Pahang dalam kenyataannya hari ini.
“Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama berikut ditarik balik dan dibatalkan serta merta.
“Penama terbabit tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran dikurniakan kepadanya sebelum ini.
“Sanjeevan turut diarah menyerahkan kembali pingat dan darjah kebesaran yang diterima kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang serta-merta,” katanya.
Sementara itu, berdasarkan kenyataan tersebut yang mana turut memaklumkan tarikh penarikan semula gelaran berkenaan berkuat kuasa 24 Ogos lalu.-UTUSAN ONLINE