Inisiatif Rumah Ikram diperkenal KPKT - Utusan Malaysia

Inisiatif Rumah Ikram diperkenal KPKT

REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: 1,000 unit kediaman di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) diperkenalkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada hari ini sebagai langkah permulaan ‘Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia’ atau ‘Rumah Ikram’ Oktober ini.

Inisiatif tersebut diumumkan Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ketika ditemui di sesi Walkabout ke Projek Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) di Pangsapuri Jubli Perak, Bandar Baru Bangi hari ini.

Kata beliau, sesi hari ini diadakan bertujuan melihat keadaan perumahan kos rendah dan sederhana dengan jumlah 3,500 skim perumahan seperti ini yang melibatkan 500,000 unit seluruh negara.

“Didapati rumah seperti ini dilihat dalam keadaan usang dan tiada kenambahbaikan akibat ketiadaan Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) untuk membuat pembelaan.

“Lawatan hari ini juga diadakan sebagai isyarat bahawa KPKT tidak akan memberikan tumpuan kepada seliaannya sahaja seperti PPR dan perumahan swasta baharu.

“Setelah meneliti, saya dapati keadaan perumahan ini terlalu usang dan perlu ditambah baik. 13 blok ini perlu diberi nafas baharu dengan penambahbaikan seperti cat semula dinding dan bumbung rumah,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan KPKT telah memperuntukkan moratorium pembayaran untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Dilaporkan, pemberian moratorium tersebut akan tamat hujung tahun ini setelah setahun setengah dijalankan.

Jelas Reezal Merican, RM3.4 juta diperuntukkan di pangsapuri ini untuk menyegerakan gerak kerja seawal Oktober ini.

Peruntukan untuk inisiatif ini, katanya, akan diteruskan dalam belanjawan 2022 nanti.

Ulasnya, setelah KPKT melihat keresahan rakyat akibat pandemik Covid-19, pihaknya tampil menyediakan inisiatif bersifat cushion sebagai langkah penampan kepada isu kehilangan tempat tinggal dan pekerjaan rakyat yang mengakibatkan kemerosotan pendapatan.

Tambahnya, melalui inisiatif ini, masyarakat yang terjejas boleh memohon untuk mendapatkan kelulusan skim dengan kadar sewa minima RM124 sebulan dengan peruntukan selama 2 tahun.

Majlis penyerahan kunci dan pelancaran rasmi akan dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 24 September nanti.

Pemohon berpendapatan bawah RM3,000 boleh memohon secara atas talian di portal TEDUH KPKT melalui pautan https://teduh.kpkt.gov.my. Malah, proses permohonan akan dilakukan dalam masa seminggu sahaja yang akan memudahkan pemohon.

“Jumlah peruntukan TPPM di Selangor sahaja adalah RM27 juta dengan RM6.7 juta sudah dibelanjakan. Peruntukan keseluruhan adalah sebanyak RM60 juta untuk tahun 2021.

“Jumlah peruntukan tabung di Selangor adalah RM27 juta daripada RM60 juta dan sebanyak 6.7 juta telah dibelanjakan. Di seluruh negara, terdapat 3,519 skim seperti ini dengan 1,700 di Selangor yang membabitkan 355,000 unit daripada 554,000 unit,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya