JOHOR BAHRU: UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri tegas tidak akan menggunakan lambang lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kelak selain lambang dacing yang digunakan sejak berdekad lalu.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, mereka juga tidak dapat ‘beri muka’ atau laluan kepada pihak lain untuk bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya akan datang.
Beliau berkata, BN Johor juga sentiasa mengemas kini suasana dan keadaan di Johor dari semasa ke semasa kepada pucuk pimpinan sama ada melalui Majlis Tertinggi (MT) UMNO mahu pun Dewan Tertinggi BN.
“Parti membuat keputusan bahawa kita akan tetap guna lambang BN untuk menghadapi pilihan raya. Saya tak akan boleh terima jika UMNO atau BN menggunakan lambang lain.
“Kita di Johor sudah jelas apabila kita tetap dengan pendirian menghadapi PRU-15 yang akan datang dengan menggerakkan parti di bawah lambang BN. Malah, kerusi-kerusi menang yang ditandingi BN sebelum ini akan terus ditandingi wakil kita.
“Termasuk juga kerusi kita menang tetapi berpindah ke parti lain, susah kita nak berkompromi soal itu. Mungkin ada perkara-perkara yang saya rasa boleh, tetapi untuk kita tidak pertahankan parti atau tidak menggunakan lambang dacing adalah sukar untuk berlaku di Johor,” katanya.
Dalam PRU-14 pada 9 Mei 2018, Johor menyaksikan BN yang mentadbir negeri itu lebih 60 tahun tewas di 37 kerusi daripada 56 kawasan yang ditandingi wakil UMNO, MIC dan MCA termasuk kekalahan beberapa pemimpin kanan parti seperti bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Selepas hanya tinggal 19 kerusi bersama MIC ketika tiada langsung kerusi dimenangi MCA, UMNO terus menerima tamparan apabila tiga wakil rakyatnya di Johor Lama (Rosleli Jahari), Sedili (Rasman Ithnain) dan Endau (Alwiyah Talib) beralih arah menyeberang ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang ketika itu di bawah Pakatan Harapan (PH).
Kini, UMNO hanya memiliki 14 kerusi DUN dan dua lagi kerusi MIC di Kahang dan Tenggaroh, manakala Bersatu mempunyai 12 kerusi, diikuti satu kerusi milik Pas dan PH memiliki 27 kerusi antara DAP, PKR dan Parti Amanah Negara.
Sementara itu, Hasni berkata, gerak kerja dan persiapan menghadapi PRU-15 tetap dilakukan ketika ini meskipun kerajaaan negeri perlu memberi tumpuan penuh untukHanya lambang dacing di Johorkerusi kita menang tetapi berpindah ke parti lain, susah kita nak berkompromi soal itu. menangani pandemik Covid-19 bersama semua pihak. -UTUSAN