‘Hantu Cina’ buat hal lagi, kali ini laung merdeka pula - Utusan Malaysia

‘Hantu Cina’ buat hal lagi, kali ini laung merdeka pula

SIM Chong Yie yang berpakaian seperti ‘hantu Cina’ melaungkan laungan keramat merdeka sempena bulan kemerdekaan di Bandar Segamat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Gelagat seorang lelaki yang mengenakan kostum ‘hantu Cina’ di sebuah premis makanan segera di Bandar Segamat, dekat sini baru-baru ini menarik perhatian ramai.

‘Hantu Cina’ itu melaungkan kata-kata keramat ‘merdeka’ sehingga menarik perhatian ramai termasuk ada yang merakamkan gambar kenangan.

Penghantar makanan, Sim Chong Yie, 35, berkata, dia bertindak demikian kerana ingin menyemarakkan semangat Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

Selain itu, dia juga mahu memastikan kelompok orang awam terhibur melalui konsep santai patriotisme sambil mengagihkan Jalur Gemilang kecil.

“Kebiasaannya penduduk berkumpul dan menjalani upacara memberi makan hantu pada Festival Hantu Lapar.

“Saya rasakan ia juga sinonim dengan Hari Kebangsaan yang membebaskan kelaparan penduduk ketika di zaman prakemerdekaan.

“Moralnya, saya berharap lebih banyak lagi syarikat makanan tampil menyumbangkan makanan kepada penduduk miskin dan memerlukan bantuan kerana terkesan Covid-19,” katanya ketika ditemui di Jalan Ros Segamat.

Chong Yie turut mengenakan kostum sama ketika hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Serbaguna di Jalan Genuang, di sini, pada 16 Ogos lalu untuk menerima vaksin.

Menurutnya, kebetulan kini bulan Festival Hantu Lapar disambut oleh masyarakat Hokkien, namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa, festival itu disambut secara sederhana seiring dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Dia sebelum ini membeli kostum tersebut secara dalam talian yang mengandungi baju, seluar, penutup kepala selain wang kertas tiruan dengan harga RM30.

“Saya hadir di hadapan premis makanan itu pada pukul 10.30 pagi dan turut diberikan set makanan percuma sebelum pulang lima minit selepas itu,” katanya.

Kata Chong Yie, gelagatnya hanyalah untuk menghiburkan hati orang ramai yang tertekan akibat PKP yang sudah lama berlarutan dan tidak menyentuh sentiviti kaumnya sendiri selain kesedaran pengertian Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

“Festival Hantu Lapar itu hanya amalan adat masyarakat Hokkien di semua negeri termasuk di negeri ini. Ia lebih kepada amalan membuat kebaikan kepada semua terutama penduduk yang dihimpit kemiskinan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya