Gadis Bumi Kenyalang pilihan Renggo - Utusan Malaysia

Gadis Bumi Kenyalang pilihan Renggo

RENGGO dan Hairoliza bersama keluarga terdekat selepas majlis akad nikah di Masjid Pulau Lima, Pasir Puteh pada Rabu lalu. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Hikayat cinta penyanyi Renggo dengan gadis Sarawak berputik menerusi Facebook sebelum mekar menguntum di musim pandemik dan akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin, baru-baru ini.

Bekas vokalis kumpulan Arrow itu selamat diijab kabul bersama pasangan, Hairoliza Hanafi, 44, dari Samariang, Kuching di Masjid Kampung Pulau Lima, di sini Rabu lalu.

Berkongsi detik bahagia dengan Utusan Malaysia, pemilik nama sebenar Mohd. Zain Ramli, 52, berkata, selepas lima bulan bercinta secara alam maya, dia nekad menamatkan zaman duda dengan menjadikan Hairoliza sebagai teman hidup.

“Alhamdulillah, segalanya berjaya disempurnakan dan saya bercadang menjemput saudara-mara dalam satu majlis kesyukuran yang akan diadakan di Kedai Roti Canai Renggo di Sungai Petai di Pasir Puteh dalam masa,” katanya.

Renggo popular dengan 18 lagu hits seperti Aku Tak Marah, Terimalah Sayang Cintaku Seadanya, Sendu Di Hatimu Rindu Di Hati Ku dan Di Mana Senyummu selain pernah meraih tempat kedua dalam program Kilauan Emas 4 pada 2014.

Belliau mengakui ada hikmah di sebalik pandemik Covid-19 dengan kurniaan rezeki termasuk melengkapkan kembali kehidupan berkeluarga yang sudah lama tidak dinikmatinya.

Katanya, kesemua tujuh anak, termasuk empat yang tinggal bersamanya merestui perkahwinan itu.

“Hairoliza pada mulanya dikenali sebagai peminat dan dia sering bertanya khabar tentang kesihatan saya yang kerap keluar masuk Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh kerana masalah jantung bengkak dan berair pada 1 April lepas,” katanya.

Tambahnya, sepanjang pandemik melanda, Renggo mengusahakan kedai roti canai di Kampung Sungai Petai sejak Mac 2020 dan kini perniagaannya berkembang apabila turut membekalkan roti canai frozen ke seluruh negara.

“Saya juga menerima banyak jemputan untuk menyanyi di hotel seluruh negara namun masih membuat pertimbangan memandangkan pandemik Covid-19 belum berakhir,” katanya.

Renggo berkata, dia juga berhasrat menyertai Gegar Vaganza untuk menguji keupayaannya di pentas seni tanah air selain menyiapkan keperluan untuk menjelajah negara menerusi Program Temu Peminat Musim Endemik.

Dalam pada itu, isterinya Hairoliza berkata, dia dan Renggo akan berulang-alik dari Kelantan dan Sarawak kerana masih terikat dengan pekerjaan hakiki dengan Perbadanan Pembangunan Perumahan di Kuching. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya