FELCRA jana pendapatan RM1.277 bilion - Utusan Malaysia

FELCRA jana pendapatan RM1.277 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan FELCRA Berhad telah menjana perolehan sebanyak RM1.277 bilion dan keuntungan bersih selepas cukai berjumlah RM88.7 juta setakat Ogos 2021.

Di Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hasbi Habibollah berkata, sumber utama di dalam penjanaan perolehan dan kuntungan kumpulan FELCRA Berhad adalah daripada dua aktiviti utama syarikat iaitu perladangan dan perkilangan.

Beliau turut menjawab soalan daripada Ahmad Hassan (Warisan-Papar) yang minta Kementerian Luar Bandar menyatakan signifikasi setiap satu anak syarikat yang masih wujud terhadap kelangsungan operasi perniagaan FELCRA Berhad.

“Sehingga kini jumlah anak syarikat yang berstatus aktif adalah sebanyak dua puluh (20) buah syarikat. Hampir keseluruhan anak syarikat adalah milik penuh FELCRA Berhad yang terdiri daripada pelbagai bidang.

“Anak syarikat yang memperolehi keuntungan pada setiap hujung tahun akan memberi pulangan berbentuk dividen kepada syarikat induk dan ini secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada para peserta.

“Anak-anak syarikat ini bertindak sebagai supporting vehicle di dalam memastikan teras utama FELCRA Berhad terus dipacu dan memberi impak kepada penjanaan keuntungan syarikat keseluruhannya,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya