Enam buah rumah dinaiki air di Gunung Semanggol

Enam rumah dinaiki air di Gunung Semanggol

KEADAAN banjir kilat yang berlaku di Kampung Tanjung Bugis di Gunung Semanggol dekat Bagan Serai, hari ini. - FOTO/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Sebanyak enam buah rumah di dua kampung di Gunung Semanggol di sini dilanda banjir kilat hari ini  berikutan hujan berterusan namun kejadian tidak melibatkan pemindahan penduduk.

Banjir melibatkan Kampung Tanjung Bugis dan Kampung Parit Air Hitam 2 yang dinaiki air sedalam 0.1 hingga 0.4 meter.

Penduduk yang terjejas banjir, Hairi Abdul Wahab, 46, berkata, dia menyedari air masuk ke dalam rumahnya pada kira-kira pukul 4 pagi tadi.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia sedang tidur menyebabkan dia tidak sempat untuk memindahkan peralatan rumah ke tempat tinggi.

“Kawasan rumah saya ini memang kerap dinaiki air apabila hujan berterusan kerana kedudukannya di kawasan rendah.

“Rumah saya terletak berhampiran Sungai Kurau, hanya di belakang rumah dan tahun ini sahaja sudah masuk tiga kali rumah dimasuki air banjir,” katanya ketika ditemui di Kampung Tanjung Bugis, dekat sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan mendapati keadaan air di kedua-dua kampung berkenaan semakin surut pada petang ini.

Hairi berkata, banjir mulai surut setelah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kerian mengaktifkan pam di kawasan kampung itu. – UTUSAN

KEADAAN banjir kilat yang berlaku di Kampung Tanjung Bugis di Gunung Semanggol dekat Bagan Serai hari ini. – FOTO/WAT KAMAL ABAS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya