Empangan Mengkuang dibuka semula sebagai kawasan rekreasi hijau esok  - Utusan Malaysia

Empangan Mengkuang dibuka semula sebagai kawasan rekreasi hijau esok 

EMPANGAN Mengkuang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang sebelum ini ditutup seminggu akan dibuka semula esok sebagai kawasan rekreasi hijau dengan tahap pematuhan SOP lebih ketat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Selepas ditutup selama seminggu bermula 15 September lalu, Empangan Mengkuang di sini akan dibuka semula esok sebagai kawasan rekreasi hijau dengan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat. 

 

Perkara itu disahkan oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) selaku pihak berkuasa yang mengawal selia kawasan empangan tersebut dalam satu kenyataan.hari ini. 

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Ir. Jaseni Maidinsa, bagaimanapun hanya pengunjung yang telah lengkap divaksin dan tamat tempoh ‘menunggu’ atau genap 14 hari selepas menerima dos kedua serta menunjukkan status ‘selamat’ dalam aplikasi MySejahtera akan dibenarkan memasuki kawasan empangan berkenaan. 

 

Katanya, selain Empangan Mengkuang, arahan yang sama juga terpakai untuk kemasukan orang awam ke Empangan Air Itam, Empangan Teluk Bahang dan Taman Bukit Dumbar. 

 

“Anggota polis bantuan PBAPP akan berkawal di lokasi dan akan meminta semua bakal pengunjung menunjukkan status ‘vaksinasi lengkap’ mereka sebelum masuk. 

 

“Status ini (vaksinasi lengkap) adalah syarat yang tidak boleh dirundingkan dan sekiranya mereka yang tidak dapat menunjukkan status ini, maka, mereka tidak akan dibenarkan masuk,” katanya. 

 

Jaseni berkata, pihaknya juga memberikan kelonggaran kepada individu yang berumur 17 tahun ke bawah untuk masuk, namun, bersama ibu atau bapa mereka yang telah lengkap divaksin serta tamat tempoh ‘menunggu’ yang ditetapkan. 

 

Pada masa sama, katanya, jumlah pengunjung juga akan dihadkan iaitu hanya sekitar 350 orang di Empangan Mengkuang serta 200 orang di tiga lokasi lain pada satu-satu masa bagi memudahkan pemantauan dilakukan. 

 

“Seboleh-bolehnya, kami (PBAPP) ingin memberikan akses kepada rakyat Pulau Pinang akses untuk mendapatkan kemudahan rekreasi yang segar, namun, jika kemudahan ini ‘ditutup’ oleh pihak berkuasa, maka, kami tidak dapat mmbenarkan orang ramai untuk masuk. 

e

“Oleh itu, jika anda adalah pengunjung awam, manfaatkanlah kemudahan rekreasi kami dengan selamat dan bertanggungjawab ketika pandemik global ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya