KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka berada dalam fasa pemulihan ekonomi dan akan kembali stabil pada suku ketiga tahun ini sekali gus mencapai pertumbuhan ekonomi pada kadar empat peratus. Unjuran itu boleh dicapai berikutan semakin banyak sektor ekonomi dibuka secara berperingkat yang merangsang pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selaras dengan program vaksinasi. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, ekonomi negara pula dijangka berada dalam fasa pemerkasaan pada suku keempat dan diharap petunjuk pasaran dalam Indeks Komposit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya