KUALA TERENGGANU: Dua banduan Penjara Marang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lagi banduan bulan lalu. Tertuduh, Adura Mustapha, 39, dan Azizul Danial Muhammad, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memukul Hamiddi Kamaruddin, 48, hingga menyebabkan kematian lelaki itu. Perbuatan itu didakwa dilakukan di Bilik R8, Zon 2, Penjara Marang di Marang kira-kira pukul 2 petang pada 21 Ogos lalu. Hamiddi yang berasal dari Hulu Terengganu meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya