KUALA PILAH: Seramai empat orang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) menjalankan khidmat khas mengeluarkan seekor kerbau dari dalam longkang dalam kejadian di Kampung Bukit Tempurung, Gunung Pasir, di sini hari ini.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti, Mohd. Sharif Ahmad, pihaknya tiba di lokasi pada pukul 7.46 pagi selepas mendapat panggilan daripada orang awam dan kemudian mendapati kerbau berkenaan terperangkap di dalam longkang.
“Kami mengambil masa 15 minit bagi mengeluarkan kerbau bersaiz besar berkenaan menggunakan tali. Kejadian khidmat khas menyelamatkan kerbau seperti ini pertama kali berlaku untuk tahun ini.
“Sebaik berjaya ditarik keluar, kerbau berkenaan melarikan diri dan operasi selesai dengan jayanya,” katanya ketika dihubungi hari ini.- ONLINE DONE