Bapa tiri hadapi 15 tuduhan seks luar tabii, amang seksual dan cabul 2 anak tiri perempuan - Utusan Malaysia

Bapa tiri hadapi 15 tuduhan seks luar tabii, amang seksual dan cabul 2 anak tiri perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAYANG: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan di sini hari ini terhadap 15 pertuduhan iaitu melakukan seks luar tabii, amang seksual fizikal dan mencabul dua anak tiri perempuannya, enam tahun lalu.

Lelaki berusia 30 tahun (namanya tidak didedahkan) meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Nor Rajiah Mat Zin dan Majistret Nur Hafizah Rajuni.

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa terhadap tiga pertuduhan melakukan seks luar tabii dan empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas dua anak tirinya yang kini berusia 19 dan 20 tahun di kediaman mereka di Seri Gombak dekat sini antara 29 Ogos 2015 dan 25 Ogos tahun lalu.

Bagi kesalahan melakukan seks luar tabii, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan melakukan amang seksual fizikal, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadapal Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Di Mahkamah Majistret, lelaki itu didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa-mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatan mereka antara 27 Ogos 2015 dan 15 Mac 2017 di lokasi sama.

Terduduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu.

Sebelum prosiding bermula, tertuduh dilihat menangis sambil memandang ahli keluarganya yang duduk di galeri awam.

Nor Rajiah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM40,000 dan seorang penjamin manakala Nur Hafizah menetapkan RM16,500 dan seorang penjamin bagi lapan pertuduhan di Mahkamah Majistret.

Kedua-dua mahkamah juga menetap syarat tambahan agar tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan setiap 1 haribulan sehingga kes selesai dan tidak tinggal di rumah yang sama dengan mangsa. Tarikh 20 Oktober ini ditetapkan untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Intan Syakieraah Zakaria dan Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal manakala tertuduh diwakili peguam Mohammed Fudhail Ahmad Zulaini. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya