‘Bantu B40, bukan semata-mata perkukuh kedudukan GLC'- Anwar - Utusan Malaysia

‘Bantu B40, bukan semata-mata perkukuh kedudukan GLC’- Anwar

ANWAR IBRAHIM dan LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beri fokus kepada peningkatan gaya hidup kumpulan Bumiputera yang kurang berkemampuan atau B40 berbanding memberi cadangan memperkasa kedudukan bumiputera dalam kalangan bumiputera berpendapatan tinggi.

Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membahaskan tentang Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dikatakan mengutamakan dalam perkasa kedudukan golongan bumiputera yang kaya berbanding golongan Bumiputera miskin.

“Daripada kita secara berterusan ingin memperkotak katikkan tentang kuota bumiputera dan sebagainya, saya mahu beri satu soalan kerana orang anggap kita ini tidak setuju dengan dasar Bumiputera. Apa salahnya kalau kita tumpukan latihan, mutu pendidikan dan mutu kesihatan awam kepada golongan miskin desa dan bandar yang majoritinya adalah golongan bumiputera?

“Wujudkan peruntukkan itu dan bukannya ditekankan isu kedudukan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC), soal kontrak, soal hendak lahirkan ramai jutawan. Kita tidak peduli perihal berjuta-juta Bumiputera yang patut diberikan keutamaan dan perhatian,” katanya.

Tambah Anwar, Parlimen haruslah memberikan manfaat sepenuhnya menuntut supaya RMK12 itu diberikan tumpuan.

“Kalau perlu, tangguh dulu projek-projek besar seperti projek lapangan terbang atau projek ECRL dan teliti semula.

“Apa faedah kita teruskan dalam keadaan orang kelaparan, mengganggur, tidak cukup makan dan kurangnya mutu pendidikan,” soalnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya