Banjir di Kuala Selangor pulih, PPS terakhir ditutup - Utusan Malaysia

Banjir di Kuala Selangor pulih, PPS terakhir ditutup

ANGGOTA APM mengemas dan menutup khemah tiga PPS yang ditutup di Kuala Selangor petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Banjir di daerah ini pulih sepenuhnya apabila mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini.

  

PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Belimbing yang menempatkan seramai 54 penduduk itu ditutup pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

  

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor, Leftenan (PA) Maizura Suradi berkata, pemantauan pihaknya mendapati penurunan paras air di beberapa kawasan terlibat selain keadaan cuaca baik.

  

“Justeru, semua mangsa daripada 13 keluarga di PPS terakhir di SK Bukit Belimbing dibenarkan pulang ke rumah mereka 

  

“Penutupan PPS itu dilakukan selepas mendapat kelulusan Pegawai Daerah Kuala Selangor sebagai Pengerusi Sekretariat Pengurusan Bencana daerah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. 

   

Beliau yang juga Pemangku Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Selangor memaklumkan tiga PPS turut ditutup petang semalam selepas banjir mula surut dan pulih.

  

“Kesemua PPS di SK Parit Mahang, SK Pasangan dan SK Sultan Abdul Aziz itu 

ditutup pada pukul 2.48 petang. PPS itu menempatkan lebih 50 mangsa termasuk warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU),” katanya.

  

Tambah Maizura, pihaknya bagaimanapun akan sentiasa menjalankan pemantauan dan menghadapi sebarang kemungkinan berlaku banjir berulang kelak.

  

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan paras air tidak menentu menyebabkan seramai 136 mangsa banjir di daerah ini belum dibenarkan pulang ke rumah.

 

Kesemua penduduk daripada 45 keluarga itu ditempatkan di empat PPS yang dibuka secara berperingkat sejak Ahad lalu. Paras air sentiasa berubah antaranya kerana faktor cuaca dan limpahan air sungai berdekatan kawasan banjir berkenaan. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya