Atasi masalah banjir termenung dengan segera - Utusan Malaysia

Atasi masalah banjir termenung dengan segera

MUHAMMAD Taqiuddin Cheman (kiri) bersama penduduk yang rumahnya dilanda banjir melihat kawasan sekitar yang masih digenangi air akibat banjir di Kampung Jawa Ulu, Ayer Baloi, di Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Hujan lebat sejak beberapa hari lalu di beberapa buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Sebatang, di sini menyebabkan berlakunya situasi ‘banjir termenung’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata, banjir termenung tersebut melibatkan beberapa buah kampung di Mukim Api-Api dan Mukim Ayer Baloi.

Katanya, antara yang terlibat adalah Kampung Jawa Ulu di Mukim Api-Api dan Kampung Parit Lancang di Mukim Ayer Baloi yang menyebabkan penduduk sukar untuk melakukan rutin seharian mereka.

Menurut beliau, tinjauan yang dilakukan mendapati sistem perparitan di kawasan tersebut kurang memuaskan dan memerlukan penyelenggaran segera daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Banjir termenung telah menyebabkan kebun-kebun pertanian seperti kebun kelapa sawit dan juga kandang ternakan lembu seperti di Kampung Jawa Ulu telah digenangi air untuk beberapa hari.

“Jika keadaan ini berterusan, ia akan menyukarkan pekebun untuk mengeluarkan hasil-hasil mereka, begitu juga penternak lembu untuk menguruskan ternakan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Muhammad Taqiuddin, antara tindakan yang perlu segera dilakukan adalah dengan menggali semula Sungai Ayer Baloi dan Sungai Sanglang bermula dari kuala sehingga ke hulu sungai tersebut.

“Ini bagi memastikan bencana banjir seumpama ini tidak berulang lagi kerana menjadi kerisauan penduduk di kawasan tersebut disebabkan air lambat untuk surut untuk tempoh beberapa hari,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memohon supaya kerajaan negeri dapat menyegerakan peruntukan penyelenggaraan di DUN Pulai Sebatang bagi mengatasi masalah itu dengan segera. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya