KOTA KINABALU: Pengasingan guru dan pelajar yang tidak divaksin perlu dilakukan di sekolah bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 apabila sesi pembelajaran bersemuka bermula kelak. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Jame Alip berkata, pengasingan itu perlu bagi pelajar yang mungkin mempunyai risiko kesihatan dan tidak boleh divaksin. Namun, bagi guru pula, kerajaan seharusnya mewajibkan semua guru divaksin kerana peranan utama guru itu sendiri adalah mendidik pelajar. “Jika guru bertindak bertentangan dengan dasar kerajaan dalam pemberian vaksin Covid-19, bagaimana ibu bapa hendak meletak kepercayaan kepada guru untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya