Arwah seolah-olah tahu hendak pergi - Utusan Malaysia

Arwah seolah-olah tahu hendak pergi

GAMBAR Allahyarham Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri bersama Allahyarhamah Nur Afiqah Abdul Karim (tengah) dan SITI Harkom Yakob semasa Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Beberapa tulisan status yang berbaur pilu di aplikasi WhatsApp Allahyarham Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, seolah-olah memberi petanda bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya.

Sepupu mangsa, Siti Harkom Yakob, 20, menjelaskan, status arwah yang terakhir ditulisnya tiga hari lalu membuatkan dia berasa pelik dengan tindakan sepupunya itu.

“Dia tulis minta maaf sekiranya kalau dia buat salah dan silap mana-mana pihak.

“Tapi, waktu kami berdua berhubung tiga hari lalu, saya tidak tanya pula kenapa dia tulis macam itu,” katanya ketika ditemui di Flat Kelompok Camar, Bandar Sultan Sultan, di sini, hari ini.

Menurutnya, sebelum kejadian, ibu saudaranya memaklumkan bahawa sepupunya masih berada di rumah pukul 11 malam, sebelum dia keluar bersama seorang lagi mangsa, Allahyarhamah Nur Afiqah Abdul Karim, 18.

SITI Harkom Yakob menunjukkan gambar terakhirnya bersama sepupunya di Flat Kelompok Camar, Bandar Sultan Suleiman, Klang, Selangor hari ini. – UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Namun, dia amat terkejut apabila mengetahui sepupunya terlibat dalam kemalangan setelah membaca berita mengenai kejadian terbabit di portal berita tempatan.

“Saya amat terkilan kerana kami dah lama tak berjumpa dan cuma berhubung melalui media sosial.

“Apa yang menyedihkan apabila kami bersama beberapa sepupu lain berjanji untuk pulang ke kampung halaman di Semporna, Sabah sekiranya kerajaan benarkan rakyat Malaysia rentas negeri,” kata pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Bertam, Pulau Pinang itu.

Dalam pada itu, Siti Harkom berharap suspek kejadian mendapat hukuman setimpal daripada pihak berkuasa.

Menurutnya, ini bagi memastikan Muhammad Hafiz Syamir mendapat keadilaan serta menjadi pengajaran kepada orang awam supaya kes seperti ini tidak berlaku lagi.

Dalam kejadian yang berlaku  awal pagi tadi, Muhammad Hafiz Syamir dan Nur Afiqah terkorban dalam kemalangan jalanraya di Kilometer 8.5 Lebuhraya Persekutuan, dari arah Shah Alam ke Kuala Lumpur.

Kemalangan tersebut berlaku apabila kereta Proton Wira Aeroback yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pikap jenis Mitsubishi Triton, yang dipandu secara melawan arus oleh seorang warga tempatan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya