Anggota polis maut dalam kemalangan - Utusan Malaysia

Anggota polis maut dalam kemalangan

Mangsa ditemukan maut dalam kemalangan yang berlaku di Kem Lok Kawi di Jalan Kota Kinabalu-Papar semalam.-IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang anggota polis maut dalam kemalangan yang berlaku berhampiran Kem Lok Kawi di Jalan Kota Kinabalu-Papar tengah malam, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 11.59 malam itu, mangsa yang merupakan seorang koperal meninggal dunia di lokasi kejadian selepas melanggar belakang sebuah lori.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa Rozlan Shahruddin Abd Ajik,35, meninggal dunia selepas merempuh belakang sebuah lori.

Beliau berkata, mangsa yang bertugas di Balai Polis Putatan ini tidak berkerja pada hari kejadian.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian dan kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk saringan ujian Covid-19 dan bedah siasat.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya