54 mangsa banjir di Sabah dipindahkan di PPS - Utusan Malaysia

54 mangsa banjir di Sabah dipindahkan di PPS

Mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan DSP Mohd Dun Banir, Beaufort.-IHSAN APMM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seramai 54 orang mangsa banjir daripada 17 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dua daerah di Sabah.

Setakat 9 pagi ini, 39 orang mangsa daripada 13 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan DSP Mohd Dun Banir, Beaufort manakala, 15 orang mangsa daripada empat keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Mini Mesapol, Sipitang.

Mangsa banjir yang dipindahkan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Sipitang.-IHSAN Bomba

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMM) dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan lebat yang turun sejak Rabu mengakibatkan paras air sungai di Sungai Padas, Beaufort dan Sungai Mengalong, Sipitang naik dengan mendadak.

Pada masa ini, trend peningkatan paras air di Sungai Padas berada pada tahap bahaya iaitu sembilan meter.

Keadaan banjir di Membakut dan Beaufort juga berikutan pelepasan air daripada Empangan Hidro Pangi.

Pengurusan Empangan Hidro Pangi terpaksa membuka dua pintu bagi mengurangkan kuantiti air di empangan tersebut. Ini mengakibatkan air mengalir ke Sungai Padas Beaufort sehingga melepasi paras bahaya.

Setakat pagi ini, 63 buah kampung di Membakut, Beaufort dan Sipitang terjejas akibat banjir.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya