KUALA KRAU: Sejak 40 tahun lalu, setiap kali tiba bulan Ogos, pasangan suami isteri di Felda Tonkin Jengka 23 di sini pasti menghiasi seluruh halaman rumah mereka dengan kibaran Jalur Gemilang. Bercakap kepada Utusan Malaysia, peneroka terbabit, Bidin Mat Jais, 69, berkata, semangat cintakan negara berkobar-kobar dan lahir dengan sendirinya sebaik sahaja masuk bulan Ogos pada setiap tahun. Menurutnya, dia dan isterinya, Zaitun Mat Deris, 63, mula menghias rumah dan memasang Jalur Gemilang dan bendera semua negeri sejak 1981 setelah menyertai tanah rancangan itu pada 1979. “Pada masa itu tiada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya