AMPANG: Kejadian tanah runtuh di kawasan Jalan Kemensah Height, Kemensah Height dekat sini semalam turut menjejaskan tiga lot banglo dan 16 rumah bandar (townhouse) kesemuanya.
Tinjauan mendapati satu daripada tiga rumah banglo tersebut sudah lama ditinggalkan dan tidak berpenghuni manakala dua lagi berpenghuni.
Ketika ini pihak berkuasa masih mengawal kawasan kejadian termasuklah antaranya Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) i Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dan Angkatan Pertahanan Awam Daerah Gombak.
Deretan khemah didirikan berdekatan kawasan kejadian termasuk kawalan ketat pihak polis di jalan utama Kemensah Height.
Orang ramai dan penduduk setempat dinasihatkan untuk tidak menghampiri kawasan tanah runtuh tersebut ketika ini untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. -UTUSAN ONLINE