24 notis dikeluarkan KPDNHEP NS terhadap penternak, pemborong, peruncit ayam - Utusan Malaysia

24 notis dikeluarkan KPDNHEP NS terhadap penternak, pemborong, peruncit ayam

AIN Arjuna Aziz Zaman (kanan) ketika membuat pemeriksaan harga ayam sempena Operasi Pemantauan di Peringkat Rantaian Pembekalan Ayam di Bawah Op Catut 8.0 di Pasar Awam Kuala Pilah, Kuala Pilah hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan telah mengeluarkan sebanyak 24 notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan dalam Op Catut 8.0 terhadap penternak, pemborong dan peruncit ayam di negeri ini sejak tahun lepas sehingga 8 September lalu.

 

Pengarahnya, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, tahun ini juga pihaknya telah mempunyai tiga kes melibatkan peruncit ayam yang disyaki melakukan kesalahan mencatut.

 

“Siasatan dan analisa harga akan terus dijalankan KPDNHEP Negeri Sembilan bagi setiap notis berkenaan. Tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati terdapat peniaga yang menaikkan harga ayam di mana-mana peringkat rantaian pengedaran sewenang-wenangnya.

 

“Pada tahun ini, KPDNHEP Negeri Sembilan telah menghasilkan tiga kes kerana disyaki mencatut membabitkan peruncit yang menjual ayam,” katanya kepada pemberita semasa Operasi Pemantauan di Peringkat Rantaian Pembekalan Ayam di Bawah Op Catut 8.0 di Pasar Awam Kuala Pilah, di sini hari ini.

 

Dalam pada itu, menurutnya, hasil awal daripada tindakan Op Catut 8.0 mendapati kenaikan harga jualan bagi ayam bersih standard adalah dipengaruhi oleh faktor peningkatan kos bagi dedak ayam di peringkat pengeluar.

 

“Kenaikan harga jualan ayam bersih Standard bagi satu kilogram melebihi RM9 mula berlaku pada minggu kelima bulan Ogos. Harga tertinggi yang direkodkan pada tempoh tersebut adalah di Pasar Besar Tampin dan Pasar Awam Johol dengan jualan RM9.50 bagi sekilogram manakala tujuh buah pasar awam mencatatkan harga jualan RM9 hingga RM9.20 sekilogram.

 

“Sehingga 13 September lalu, harga jualan ayam bersih standard di pasar-pasar awam di negeri ini telah mencatatkan harga tertinggi RM10.50 bagi sekilogram di Pasar Besar Seremban dan Pasar Ampangan. Kenaikan harga turut direkodkan di premis pasar raya besar dan pasar raya di negeri ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya