228 mangsa banjir di Kedah dipindahkan - Utusan Malaysia

228 mangsa banjir di Kedah dipindahkan

SALAH sebuah kampung yang dinaiki air dalam kejadian banjir di Baling malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka bagi menempatkan 228 mangsa banjir daripada 80 keluarga di tiga daerah di negeri ini, setakat pagi ini.

Mangsa banjir dari tiga daerah terbabit iaitu Baling, Sik dan Padang Terap dipindahkan secara berperingkat sehingga lewat malam tadi.

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, seramai 183 mangsa daripada 70 keluarga dipindahkan di lapan PPS di daerah Baling.

Menurutnya, lapan PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan SK Tunku Putra, SK Siong, SK Bandar, SK Tanjung Pari, SK Bayu, SK Titi Gantung, Dewan Banggol di Derom dan Maktab Mahmud Baling.

Sementara katanya, satu PPS dibuka iaitu di PPS SK Gulau di daerah itu yang menempatkan 10 mangsa daripada tiga keluarga di Sik.

“Sebuah lagi PPS baru dibuka di Padang Terap malam tadi iaitu di SK Bukit Tampoi yang menempatkan 35 mangsa daripada tujuh keluarga di daerah Padang Terap,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, difahamkan paras air di kebanyakan kawasan banjir terlibat semakin surut.

Saifuddin berkata, pihaknya menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berdekatan sungai supaya sentiasa berwaspada menghadapi sebarang kemungkinan berlaku banjir akibat cuaca tidak menentu ketika ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya