19,754 pelajar terima manfaat Program Food Bank Siswa - Utusan Malaysia

19,754 pelajar terima manfaat Program Food Bank Siswa

ALEXANDER Nanta Linggi merasmikan Program Food Siswa di Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI). - FOTO KPDNHEP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Sebanyak 27 buah Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) serta Politeknik di seluruh negara menerima manfaat Program Food Bank Siswa yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

 

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, seramai 19,754 pelajar mendapat manfaat daripada inisiatif program itu yang diperkenalkan sejak 15 Februari 2019.

 

Menurutnya, ia bertujuan memberi bantuan makanan kepada pelajar memerlukan dan meringankan bebanan kos sara hidup pelajar.

 

“KPDNHEP melalui pelaksanaan Program Food Bank Siswa terus komited untuk mempergiatkan usaha bagi membantu pelajar di IPT daripada keluarga kurang berkemampuan agar mereka dapat memberi fokus lebih baik terhadap pembelajaran,” ujarnya menerusi kenyataan, hari ini.

 

Alexander berkata, bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan Program Food Siswa pada tahun ini, dua buah IPT berjaya melaksanakan program itu iaitu Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) dan Politeknik Muadzam Shah, Pahang.

 

Katanya lagi, Kementerian mengambil maklum pengumuman yang dibuat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengenai kemasukan pelajar secara fizikal ke kampus dilaksanakan berperingkat mulai 15 Oktober ini.

 

“KPDNHEP juga sedang membuat persediaan untuk melaksanakan Program Food Bank Siswa di tiga IPT iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak, Management Science University (MSU), Shah Alam dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Cawangan Johor.

 

“Pelaksanaan Program Food Bank Siswa ini menggunakan konsep Food Pantry di mana pihak pengurusan Hal Ehwal Pelajar (HEP) akan menyediakan tempat penyimpanan makanan kering untuk diagihkan kepada pelajar mengikut jadual ditetapkan,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya