17 lokasi perkelahan di Terengganu berisiko kepala air - Utusan Malaysia

17 lokasi perkelahan di Terengganu berisiko kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Sebanyak 17 lokasi perkelahan di lima daerah di negeri ini dikenal pasti berisiko berlaku fenomena kepala air.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Md. Hilman Abd Rashid berkata, jumlah tertinggi direkodkan di Hulu Terengganu membabitkan lima kawasan air terjun iaitu di Sekayu, Juwita, Soak, Lasir dan Belukar Bukit.

Katanya, di Besut ialah air terjun Lata Tembakah, Lata Belatan, kolam air panas La dan Lata Kolam Air Deru Ecopark manakala Dungun pula air terjun Chemerung, Langsir dan Lubuk Kain.

“Tiga lokasi yang dikesan di Kemaman ialah Hutan Lipur Menderu, air terjun Janda Mandi dan Jeram Tanduk diikuti dua di Setiu iaitu Lata Cangkah dan Lata Payung.

“Kejadian kepala air lazimnya berlaku jika hujan lebat di bahagian hulu, justeru, orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada ketika melakukan aktiviti perkelahan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Md. Hilman, tiga tanda fenomena itu yang boleh diberi perhatian oleh masyarakat ialah dentuman air kuat, kekeruhan warna air di samping sampah-sarap yang turun dari kawasan hulu.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 72 kes mati lemas direkodkan di negeri ini sejak 2018 dengan sembilan kes mati lemas pada tahun ini.

“Pemantauan berkala sentiasa dilakukan di lokasi perkelahan bagi mengelak kejadian tidak diingini dan walaupun seseorang itu pandai berenang, tetapi masih memerlukan jaket keselamatan untuk perlindungan diri,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya