100,000 papan petai viral habis dijual dalam sehari - Utusan Malaysia

100,000 papan petai viral habis dijual dalam sehari

Anisah Ismail menunjukkan petai viral yang dijualnya di Baling, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Peluang yang baik ketika waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membolehkan sepasang suami isteri dapat memasarkan petai jualannya sehingga 100,000 papan sehari.

Anisah Ismail, 36, berkata, dia dan suaminya Rahimi Md Ramli, 39, mulai giat menjual petai viral ini sejak empat tahun lalu apabila mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelanggannya.

“Ini merupakan tahun ke empat kami menjual petai viral kerana permintaan daripada pelanggan tempatan dan peraih luar dari sehari ke sehari kian bertambah.”

“Berbeza dengan sebelum PKP, kami hanya mengeluarkan kurang daripada 300 ikat petai tetapi ketika PKP ini kami boleh bawa keluar sehingga 1,000 ikat sehari yang setiap ikatnya mempunyai 100 papan petai,” kata Anisah ketika ditemui di kedai petai viralnya di Hadapan Taman Kota Jaya, Batu 42, semalam.

Menurutnya, peluang bagi mereka untuk membawa keluar petai yang banyak berikutan pembekal-pembekal lain terutamanya dari luar tidak dapat memasuki sempadan Betong, Thailand berikutan kawalan yang ketat.

Tambahan pula mereka mempunyai pelanggan dan pembekal buah-buahan yang tetap yang sering mendapatkan bekalan niaga daripada mereka.

“Harga petai viral ini dijual dan ditolak mengikut grednya dari semurah RM45 hingga RM160 satu ikat yang diikat antara 90 hingga 100 papan.”

“Pembekal yang datang sendiri mengambil petai ini datangnya dari seluruh Semenanjung dan ada juga pembekal yang menghantar petai ini ke Sabah melalui wakil jualan” kata Anisah.

Katanya lagi, minatnya berniaga timbul sejak awal perkahwinannya kerana mengikut suami menjual buah-buah seperti durian, mangga, mata kucing dan sebagainya lagi yang juga diambil dari Betong.

Pada awalnya mereka cuba bawa masuk petai sedikit demi sedikit, kemudian nampak peluang lebih besar dan baik, jadi bawanya masuk lebih banyak.

“Pelanggan memang mahukan petai-petai dari Betong ini kerana isinya lebih besar dan cantik dan tiada ulat.”

“Sambutannya amat menggalakkan dan jualan cepat habis dalam masa sehari kerana pelanggan sentiasa menunggu stok petai ini dan lokasi kedai yang strategik di jalan utama selain ramai pelanggan yang menularkannya di media sosial menjadikan petai ini cepat habis dijual,” katanya lagi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya