Warisan tidak akan sokong PN - Utusan Malaysia

Warisan tidak akan sokong PN

TOP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) mengulangi pendirian bahawa ahli-ahli Parlimen parti itu tidak akan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto S. Padua berkata, sejak daripada awal lagi pendirian Warisan cukup jelas bahawa parti ini tidak akan menyokong Perdana Menteri mahupun kerajaan Perikatan Nasional (PN).

LORETTO S. PADUA

Beliau berkata, kerajaan PN harus berundur dengan cara terhormat kerana mereka sudah kehilangan sokongan daripada ahli-ahli Parlimen.

“Kami sudah berkali-kali menyatakan pendirian bahawa kami tidak akan menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan tidak akan menyokong kerajaan PN,” katanya.

Menurut beliau, ahli-ahli Parlimen Warisan juga tidak akan membelakangkan keputusan parti dan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Jelasnya, kesemua lapan ahli Parlimen Warisan akan terus setia dan menghormati keputusan dibuat oleh kepimpinan parti.

Warisan mengulangi pendirian ini sekali lagi susulan laporan yang menyatakan ahli Parlimen pembangkang cenderung berpihak kepada kerajaan PN.

Hari ini, akhbar ini melaporkan terdapat khabar angin menyatakan ada dalam kalangan ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP cenderung berpihak kepada PN.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Warisan memenangi lapan kerusi Parlimen termasuk satu kerusi yang masih kosong iaitu Parlimen Batu Sapi yang disandang oleh mendiang Datuk Liew Vui Keong.

Mendiang Vui Keong meninggal dunia pada 2 Oktober 2020 dan sehingga kini, kerusi Parlimen Batu Sapi masih lagi kosong berikutan penangguhan semua Pilihan Raya Kecil (PKR) sepanjang tempoh darurat.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya