Wanita rugi RM46,000 diperdaya kenalan Facebook - Utusan Malaysia

Wanita rugi RM46,000 diperdaya kenalan Facebook

NOORZAINY MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang jurujual wanita di sini kerugian hampir RM46,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan tukaran wang asing baru-baru ini. 

Mangsa berusia 28 tahun itu terjerat dalam penipuan berkenaan selepas berkenalan dengan seorang individu di laman sosial Facebook pada pertengahan Julai lalu. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa dan suspek telah berhubung melalui aplikasi Messenger di Facebook sebelum bertukar-tukar nombor telefon dan berhubung menerusi aplikasi WhatsApp. 

Menurutnya, mangsa yang semakin meletakkan kepercayaan kepada suspek kemudiannya ditawarkan menyertai pelaburan Forex yang akan didagangkan sendiri oleh suspek melalui aplikasi Cainvest. 

“Mangsa yang dijanjikan keuntungan tinggi beserta pulangan modal telah bersetuju dengan tawaran itu. 

“Dia tersebut kemudiannya membuat sembilan transaksi pindahan wang berjumlah RM45,979 ke dalam lima akaun bank tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Noorzainy berkata, mangsa bagaimanapun menyedari ditipu selepas suspek gagal dihubungi dan aplikasi Cainvest yang digunakan untuk melihat aktiviti dagangan tukaran wang asing juga telah dinyah aktif. 

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya