PUTRAJAYA: Utusan Malaysia menafikan berita yang tular memetik laporan portal online berhubung tajuk berita ” Pengharaman UMNO. ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) Ditekan Menteri Dalam Negeri” .
Berita daripada pihak tidak bertanggungjawab itu tular di laman sosial ketika ini.
Malah, Wartawan, Maisarah Sheikh Rahim langsung tidak menulis berita itu dengan memetik sumber dalaman RoS mengaitkan isu pemilihan UMNO.
Berita palsu ini adalah berniat jahat dengan menggunakan nama Utusan Malaysia.
Pihak syarikat akan membuat laporan polis berhubung perkara ini. – UTUSAN ONLINE