Usahawan harap dapat adakan dialog dengan Noh - Utusan Malaysia

Usahawan harap dapat adakan dialog dengan Noh

Muhamad Farid Saad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pertubuhan Usahawan Muslim Pulau Pinang (Usahawan) berharap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) baharu, Tan Sri Noh Omar dapat mengadakan dialog dengan usahawan-usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) serta mikro dalam masa terdekat.

Presiden Usahawan, Dr. Muhamad Farid Saad berkata, input menerusi dialog itu juga dapat membantu Medac dalam merancang pelan tindakan dalam jangka masa terdekat bagi membangunkan semula perniagaan IKS yang telah terjejas teruk.

“Input dari kaca mata seorang usahawan perlu untuk dijadikan dasar yang lebih praktikal dan mampu menangani isu sebenar yang dihadapi kumpulan usahawan.

“Ia juga akan membantu dalam menyediakan Bajet 2022 yang lebih ampuh dalam memulihkan usahawan bumiputera terutamanya yang tertekan dalam pelbagai sudut kehidupan dan keusahawanan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pengumuman Kabinet kerajaan baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, Noh dilantik sebagai sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi iaitu kementerian yang pernah diterajui beliau kira-kira 13 tahun lalu.

Dalam pada itu, Muhamad Farid berkata, pihaknya turut berharap pelantikan Noh akan memberikan banyak peluang kepada beliau untuk membantu usahawan bangkit semula dan berupaya mengharungi cabaran dalam era pandemik ketika ini.

“Sebagai seorang menteri yang berpengalaman luas dan pernah menjadi Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB), pastinya pengetahuan beliau amat luas dalam bidang keusahawanan dan kita yakin dengan kemampuan beliau dalam menerajui Medac,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya