MELAKA: UMNO Bahagian Tangga Batu mahu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang ditandingi oleh calon parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, jawatankuasa bahagian telah membuat ketetapan untuk tidak memberi laluan kepada calon MCA bertanding di situ. Menurutnya, keputusan tersebut dibuat berdasarkan jumlah pengundi Melayu di DUN Klebang sudah menjangkau 65 peratus. “Sudah sampai masanya calon daripada UMNO bertanding di DUN Klebang. Kalau diberikan juga kepada MCA pada PRU-15 nanti, saya yakin mereka akan kalah seperti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya