Tiga penunggang motosikal maut dirempuh kereta - Utusan Malaysia

Tiga penunggang motosikal maut dirempuh kereta

KEADAAN motosikal yang dirempuh sebuah kereta yang menyebabkan tiga orang maut di Jalan Sitiawan - Pantai Remis di Sitiawan hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Tiga penunggang motosikal maut dirempuh sebuah kereta di Jalan Sitiawan- Pantai Remis dekat Kampung Sitiawan di sini petang tadi.

Difahamkan, seorang individu menaiki kereta jenis Proton Preve yang dipercayai merempuh penunggang motosikal terlibat, turut cedera.

Setakat jam 8 malam ini, identiti semua mangsa masih belum dikenal pasti.

Dipercayai, ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian itu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Kawasan Perindustrian Lumut Port Kampung Acheh di sini manakala kereta tersebut dipercayai dari arah bertentangan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, Mohd. Zaki Zainol berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.28 petang dan sepasukan anggota diketuai Khairul Azizi Kamaruddin ke lokasi kejadian.

“Kereta tersebut dipercayai dinaiki tiga individu yang mana seorang individu dikatakan parah dan sudah dibawa ke hospital sebelum pasukan bomba tiba,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mohd. Zaki, kematian mangsa disahkan oleh petugas kesihatan yang hadir ke lokasi sebelum menyerahkan mayat kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dilakukan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya