Sudahlah, berhenti melompat- Annuar - Utusan Malaysia

Sudahlah, berhenti melompat- Annuar

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Ahli Parlimen perlu bertanggungjawab dan jangan suka melompat parti, kalau melompat apa yang dapat? Disebabkan masalah politik, banyak kerja penting tergendala”.

Berikut ulasan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkenaan dakwaan mengenai isu kedudukan Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan tergugat sekiranya masih ada ahli politik yang melompat parti.

“Ahli parlimen janganlah menggunakan kerusi untuk menganggu kestabilan politik kerana rakyat pilih kita bukan untuk mengganggu kestabilan, tapi bekerja dengan tidak menggunakan mandat rakyat untuk tujuan salah kerana jika melakukan sesuatu tidak disukai, pilihan raya nanti kita tidak dipilih. 

“Macam mana nak jalankan tanggungjawab kalau politik tidak stabil? Cukuplah dengan beberapa pertukaran kerajaan, kita sepatutnya bersyukur kerana kata sepakat menentukan Perdana Menteri (PM) dapat dicapai dalam jangka masa pendek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir merasmikan majlis pelancaran bantuan misi kemanusiaan Rumah Prihatin@Grandseasons di sini hari ini.

Annuar Musa berkata, rakyat harus bertenang dan melihat sesuatu perkara itu tidak terlalu bersifat politik di pertengahan penggal pilihan raya ini kerana sudah kali ketiga pertukaran kerajaan berlaku yang dilihat tidak baik dan tidak sihat.

Keadaan politik tidak sempurna ketika ini dan perlu menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya setelah situasi kesihatan kita pulih sepenuhnya.

Ini kerana penubuhan kerajaan dalam situasi sebegini memerlukan banyak rundingan di belakang tabir.

Tambah beliau, pada masa ini kurangkan polemik, berdasarkan latar belakang PM-9, beliau seorang yang suka berunding dan perwatakan watak keras, maka sesuai dalam keadaan sekarang untuk menyejukkan keadaan.

Mengulas mengenai Muafakat Nasional (MN), ini peluang terbaik mengukuhkannya secara lebih inklusif dan tidak terhad kepada menyemarakkan kerjasama antara UMNO dan Pas sahaja, tetapi juga membaharui muafakat. 

“Lebih inklusif maksudnya tidak cukup kepada kerjasama sahaja, namun membentuk satu muafakat meluas merangkumi kepelbagaian kaum dalam negara dan gabungan besar ini adalah peluang terbaik untuk politik matang, stabil dan tidak membawa keuntungan kepada sesiapa,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya