PUTRAJAYA: Tempat kerja terus menunjukkan pertambahan kluster berkaitan Covid-19 dengan Selangor mencatatkan lapan kluster baharu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 36 kluster.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah harian, 18 kluster tempat kerja, 15 kluster komuniti manakala Kluster institusi pendidikan, keagamaan dan pusat tahanan, masing-masing satu kluster.
Kluster tempat kerja katanya, Selangor, Industri Kundang Sepertiga di Gombak (148), Industri Jalan 22 di Petaling (71), Industri Batu Tujuh Setengah di Klang (52), Industri Jalan Dua Olak di Kuala Langat (50), Industri Jalan Bangi Batu Dua Setengah di Hulu Langat (36), Industri Teknologi Subang di Petaling dan Klang (28), Changkat Asa di Hulu Selangor (21), Jalan Pasar Batu Tiga di Klang dan Kuala Selangor (12).
Katanya lagi, Enam di Johor, Jalan Rusa Scientex 2 di Johor Bahru (36), Industri Senai 33 di Kulai, Kota Tinggi, Kluang dan Pontian (33), Industri Murni 37 di Kulai (30), Perindustrian Hijau Jaya di Pontian (18), Industri Senai PLO Satu Tempat Kerja Johor Kulai (15), Muara Damai di Tangkak (14) manakala dua di Kelantan, Kampung Gual Nering di Pasir Mas (13), Jalan Lembah Sireh di Kota Bharu (8) dan satu di Kuala Lumpur, Tapak Bina Balai Bomba Menjalara di Kepong (7).
“Kluster komuniti pula, di Kampung Durian di Sik, Kedah (33); Kampung Gunung Tunggal di Manjung, Perak (29); Kampung Paya Besar Kertau di Maran, Pahang (29); Taman Fairmont di Kuantan, Pahang (26); Sungai Bot Karak di Bentong, Pahang (25); Batu Jong di Kuala Krai, Kelantan (19); Permatang Guntong Intan di Hilir Perak, Perak (19); dan Sungai Serindak di Selangau, Sarawak (19)
Kluster lain ialah Kampung Chekok Serendah di Kota Bharu, Kelantan (18); Bukit Kuantan di Kuantan, Pahang (16); Kampung Binjal Kubang Terap di Pasir Mas, Kelantan (15); Sarikan di Nabawan, Sabah (14); Kampung Kubang Golok di Bachok, Kelantan (10); Taman Sri Zasna di Kota Bharu, Kelantan (9) Kampung Kedai Lalat di Kota Bharu, Kelantan (8).
“Kluster institusi pendidikan, Kampung Che Deris di Kota Bharu, Kelantan (8) serta Kluster keagamaan, Tanah Tinggi Lebu di Bentong, Pahang (20) dan kluster pusat tahanan, Lebuh Empat di Sandakan, Sabah (50),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 19,257 kes berbanding semalam, 20,889 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 16,323 kes dengan sebanyak 210 kematian dicatatkan dengan 1,097 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 575 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 224,120 kes aktif.
Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 7,084 kes diikuti Kuala Lumpur (2,450), Kedah (1,514), Sabah (1,255) dan Johor (1,182).
“Lapan negeri merekodkan kes tiga angka iaitu Pulau Pinang (959), Kelantan (930), Negeri Sembilan (884), Perak (774), Pahang (714), Sarawak (573), Terengganu (425) dan Melaka (414).
“Hanya satu negeri dan satu Wilayah merekodkan kes dua angka iaitu Putrajaya (56) dan Perlis (41) manakala Labuan (2),” katanya.
Mengulas mengenai 210 kematian, beliau berkata, Selangor terus menjadi penyumbang terbanyak iaitu 88 kes diikuti 33 kes di Kuala Lumpur, 28 kes di Johor, 17 kes di Kedah, 13 kes di Sabah, lapan kes di Melaka, enam kes di Perak, masing-masing lima kes di Negeri Sembilan dan Kelantan, empat kes di Pulau Pinang, serta masing-masing satu kes di Pahang, Sarawak, dan Perlis.
“Kematian melibatkan 130 lelaki dan 80 wanita dengan 33 warga asing manakala 158 pesakit mempunyai latar belakang penyakit serta terdapat 34 kes meninggal dunia di rumah iaitu 22 warga tempatan dan 12 warga asing,” katanya. -UTUSAN ONLINE