Remaja 16 tahun lemas cuba selamatkan adik dibawa arus - Utusan Malaysia

Remaja 16 tahun lemas cuba selamatkan adik dibawa arus

Mayat mangsa yang ditemukan lemas di Sungai Moyog, Kampung Kambau, Penampang hari ini.-IHSAN media sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Niat murni seorang remaja perempuan menyelamatkan adiknya yang dibawa arus bertukar menjadi tragedi, apabila remaja berkenaan ditemukan lemas di Sungai Moyog, Kampung Kambau, Penampang hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.14 pagi itu, remaja berusia 16 tahun itu ditemukan lemas selepas bermandi-manda bersama tiga adiknya di sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam mengenai insiden remaja perempuan mati lemas itu pagi tadi.

MOHD. HARIS IBRAHIM

“Bertindak atas maklumat, pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa yang berusia 16 tahun bersama tiga adiknya dikatakan mandi sungai berhampiran rumah mereka kira-kira pukul 9 pagi.

“Mangsa cuba untuk menyelamatkan adik bongsunya yang tiba-tiba hanyut dibawa arus. Namun, setelah adiknya berjaya diselamatkan mangsa dilihat tenggelam dan dikhuatiri lemas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Haris berkata, adik mangsa kemudian pulang ke rumah dan memaklumkan insiden itu kepada ibu bapanya dan hasil bantuan daripada penduduk setempat, mayat mangsa berjaya ditemukan tidak jauh dari lokasi mangsa dilihat tenggelam.

“Mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya