Rahman Dahlan letak jawatan Ahli Lembaga Pengarah UMS - Utusan Malaysia

Rahman Dahlan letak jawatan Ahli Lembaga Pengarah UMS

ABDUL RAHMAN DAHLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan meletak jawatan sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan serta merta.

Beliau berkata, keputusan itu dilakukan selaras dengan keputusan dan ketetapan yang dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos.

“Saya sebagai Ahli MKT UMNO turut patuh dan setia atas ketetapan parti. Maka, saya dengan ini meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UMS dengan serta merta.

“UMNO adalah sebuah parti perjuangan yang mendukung titah Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berpelembagaan seperti yang termaktub dalam asas dan tujuan UMNO mengikut Fasal 3,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, beliau turut melahirkan penghargaan kepada bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad kerana telah memberi peluang untuknya berkhidmat sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Penagrah UMS.

Jelas Abdul Rahman, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan UMS kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang perkhidmatannya di UMS.

Pada Selasa, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan MT UMNO sepakat menarik sokongan daripada Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa serta merta. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya