Presiden dan CEO MBSB meninggal dunia - Utusan Malaysia

Presiden dan CEO MBSB meninggal dunia

Ahmad Zaini Othman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Building Society Berhad (MBSB), Datuk Seri Ahmad Zaini Othman, meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, awal pagi semalam.

Allahyarham yang berusia 64 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.46 pagi di Hospital Pakar KPJ Selangor.

Sebagai langkah interim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Nor Azam M. Taib akan memangku jawatan Allahyarham sebagai presiden dan CEO Kumpulan MBSB.

Pengerusi Kumpulan MBSB, Tan Sri Azlan Zainol berkata, pemergian arwah adalah satu kerugian besar bukan hanya untuk Kumpulan MBSB, tetapi juga industri perbankan secara keseluruhan. 

“Ahmad Zaini adalah seorang yang luar biasa dengan hati yang besar dan telah menyentuh banyak kehidupan. Kerja kerasnya tidak akan dilupakan dan kami akan sangat merindukannya,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Ahmad Zaini dilantik menerajui MBSB pada 26 Februari 2009 dan di bawah kepimpinannya, beliau telah mentransformasikan institusi tersebut menjadi sebuah organisasi yang menjana keuntungan.

Beliau berjaya menyelesaikan penggabungan antara MBSB dan Asian Finance Bank, yang membolehkan MBSB memiliki sepenuhnya MBSB Bank Berhad pada 2018, seterusnya menukar institusi kewangan bukan bank konvensional itu menjadi bank Islam lengkap kedua di negara ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya