Perjanjian lupus pinjaman tambah keyakinan peneroka terus sokong Felda - SGBF - Utusan Malaysia

Perjanjian lupus pinjaman tambah keyakinan peneroka terus sokong Felda – SGBF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Inisiatif kerajaan melaksanakan perjanjian pelupusan pinjaman memberi makna besar kepada golongan peneroka di negara ini sekali gus menambah keyakinan mereka untuk terus menyokong Felda pada masa hadapan.

Pengerusi Pertubuhan Suara Generasi Baharu Felda (SGBF), A. Rashid Ridha berkata, perkembangan itu dalam masa sama membuktikan yang kerajaan mengambil perhatian suara pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Felda agar pelupusan pinjaman peneroka ditambah baik.

A RASHID RIDHA

Katanya, sesi libat urus oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed bersama pengurusan tertinggi Felda yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh pada bulan lalu turut membuahkan hasil.

“SGBF mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas langkah drastik untuk memulihkan Felda.

“Dalam tempoh setahun ini banyak perubahan yang dilakukan terutama menghapuskan sebahagian besar pinjaman peneroka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bulan lalu, kerajaan secara dasar bersetuju dengan cadangan Felda untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion.

Baru-baru ini dilaporkan sebanyak 73,817 peneroka Felda menandatangani perjanjian menerima inisiatif pelupusan sebahagian besar pinjaman di 64 rancangan atau lebih 90 peratus golongan itu berbuat demikian.

Dalam perkembangan sama, A. Rashid berharap gandingan Mustapa dan Idris bersama pihak pengurusan baharu akan meletakkan kembali Felda di atas landasannya. 

“Sebagai generasi baharu Felda kami akan terus memberikan sokongan bagi memulihkan kembali agensi yang menjadi contoh kepada dunia. Semoga kerjasama antara peneroka dan Felda akan terjalin lebih mesra pada pada masa hadapan,” katanya.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya