KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyeru kerajaan mengisi jawatan-jawatan di kementerian yang masih mempunyai kekosongan sejak 2018 kerana angka pengambilan 26,000 masih belum mencukupi. Presidennya, Adnan Mat berkata, perkara itu perlu diisi penuh supaya perkhidmatan kerajaan dapat digembleng sepenuhnya dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat untuk kembali pulih dalam sektor ekonomi. Katanya, perjawatan yang wujud masa kini juga belum dilakukan pengisian penuh, apatah lagi pengambilan 26,000 itu sebaliknya untuk mengisi kekosongan persaraan dan kematian anggota. “Cuepacs merasakan (jumlah) 26,000 bukan satu jumlah yang besar, malah sebaliknya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya