Penduduk Seri Perantau gembira Ismail Sabri jadi Perdana Menteri - Utusan Malaysia

Penduduk Seri Perantau gembira Ismail Sabri jadi Perdana Menteri

ABDUL Rashid Asari (kanan) memasang Jalur Gemilang sebagai simbolik Majlis Perasmian Program Semarak Merdeka Pangsapuri Seri Perantau hari ini. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Penduduk Pangsapuri Seri Perantau di sini yang majoritinya terdiri daripada golongan B40 gembira menyambut berita pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri minggu lalu.

Ini kerana kira-kira tiga minggu lalu, penduduk di perumahan itu menerima lawatan mengejut daripada Ismail Sabri ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri yang mengumumkan sejumlah peruntukan bagi menyelenggara pangsapuri berkenaan.

Menurut Timbalan Pengerusi Surau An-Nur, Zainal Abidin Ibrahim, ketika itu Ismail Sabri hadir bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menziarahi dua buah rumah penduduk di sini untuk menyampaikan sumbangan.

“Alhamdulillah, mungkin berkat doa penduduk di sini Ismail yang merupakan Timbalan Perdana Menteri sebelum ini kini menjadi Perdana Menteri.

“Kita juga berharap Perdana Menteri dapat membantu menyelesaikan permasalahan penduduk di pangsapuri ini terutama melibatkan masalah lif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Semarak Merdeka Pangsapuri Seri Perantau yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Terdahulu, Ismail semasa lawatan tersebut mengumumkan bantuan membaiki lif sebanyak RM1.2 juta melibatkan 12 blok.

Zainal Abidin berkata, sebagai wakil penduduk dia berharap Ismail dapat menyegerakan bantuan tersebut bagi memastikan kesemua 12 lif yang hanya sebuah berfungsi satu di setiap blok segera pulih.

Sementara itu Abdul Rashid berkata, pelantikan Ismail menimbulkan nostalgia kepadanya kerana belum sampai sebulan menjadi TPM kini beliau adalah Perdana Menteri Malaysia.

“Setakat ini, bantuan tersebut belum lagi disalurkan. Insha-Allah, kita akan memastikan kesemua lif di sini segera diperbaiki sebagaimana yang dijanjikan tiga minggu lalu,”katanya.

Mengulas mengenai sambutan kemerdekaan di pangsapuri tersebut, beliau telah mengagihkan 2,000 Jalur Gemilang kepada penduduk di 12 blok itu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya