PUTRAJAYA: Pemilihan Perdana Menteri paling ketat dalam sejarah negara ini menunjukkan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam menangani krisis politik supaya ia tidak terus berpanjangan. Perkara itu jelas terbukti apabila Seri Paduka Baginda menitahkan supaya Perdana Menteri yang dilantik hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan ahli Dewan Rakyat. Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, ia sekali gus memberi ruang lebih luas untuk Perdana Menteri tersebut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya