PETALING JAYA: Pemimpin politik menyifatkan keputusan UMNO menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai keputusan yang tepat. Malah, mereka turut berpendapat sudah tiba masa untuk Perdana Menteri dan seluruh Kabinet berundur dan memberi jalan kepada pembentukan kerajaan baharu untuk memulihkan keadaan politik negara serta menguruskan pandemik Covid-19 dengan lebih teratur. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Wira Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohd. Azis Jamman menyifatkan, tarikan sokongan UMNO terhadap kerajaan sebagai satu kelegaan dan sudah tiba masa untuk berlaku peralihan kerajaan. “Ini urusan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya