Pemandu kontena cedera rempuh jentera bomba - Utusan Malaysia

Pemandu kontena cedera rempuh jentera bomba

SEBUAH lori kontena menghentam bahagian belakang sebuah jentera bomba ketika pasukan keselamatan itu sedang memadam kebakaran sebuah lori di atas Jambatan Pelabuhan Klang di Klang, Selangor, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KLANG: Seorang pemandu lori kontena cedera selepas melanggar sebuah jentera bomba di Jambatan Pelabuhan Klang di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu, jentera dinaiki sepasukan enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja baru selesai memadamkan api sebuah lori di lokasi berasingan di sekitar jalan tersebut.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, ketika dalam perjalanan pulang, sebuah lori kontena tiba-tiba melanggar jentera bomba itu dari arah belakang.

“Kemalangan itu kemudian mengakibatkan pemandu berkenaan cedera dan terperangkap dalam lori tersebut.

“Lelaki berusia 31 tahun itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan dan cedera pada paha kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, semua anggota bomba turut terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambah Norazam, operasi menyelamat mangsa turut dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang serta Pelabuhan Klang.

Kebakaran sebuah lori sebelum itu dipercayai melibatkan seorang pemandu wanita di laluan bertentangan, kira-kira pukul 4.30 petang.

Bagaimanapun, mangsa terselamat dan kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya