PETALING JAYA: Pemandu jentera pengorek maut selepas dihempap tembok runtuh di tapak pembinaan berhampiran Flora Damansara, Jalan PJU 8, Damansara Perdana di sini hari ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 11.44 pagi.
Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, lapan anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dikejarkan ke lokasi.
Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, pihak bomba dimaklumkan terdapat seorang lelaki warga Bangladesh berusia 32 tahun dihempap tembok.
“Mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Operas menyelamat mangsa dijalankan pihak bomba dengan bantuan kren,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, mangsa berjaya dibawa keluar dan mayat diserahkan pihak polis untuk tindakan lanjut.- UTUSAN ONLINE